SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH,KAJANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejarah Sekolah

PDF

Cetak

emel

 

Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz ditubuhkan pada tahun 1952 dengan hanya 33 orang murid dan 2 orang guru. Pada masa itu, sekolah ditempatkan di sebuah bangunan rumah batu yang telah tua di Jalan Batak Rabit (sekarang Jalan Maharajalela). Bangunan itu adalah bekas kediaman Tentera Sukarela Malaysia. Pada bulan Disember 1958, sebuah bangunan siap dibina. Bangunan tersebut berharga $270,000 dilengkapi dengan 21 bilik darjah dan 2 bilik makmal. Pada bulan Januari 1959, sekolah lama dipindahkan ke bangunan baru dengan jumlah murid seramai 564 orang dan menduduki 15 kelas sahaja.

Pada tahun 1961, bilangan murid meningkat ke angka 866 orang. Tingkatan 4 ditubuhkan. Sekolah dibahagikan kepada dua sesi. Tiga kelas menengah rendah belajar di sebelah petang. Pada tahun 1962, bangunan sekolah dibuka dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Raja Muda Perak. Pada tahun-tahun selepas 1963, kemasukan murid berkurangan. Ramai pelajar Melayu masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (Seri Perak sekarang). Pada tahun 1964 cuma tinggal 7 kelas sahaja.

Selepas itu, kemasukan pelajar bertambah semula dan ini menyebabkan kekurangan bilik darjah. Mata pelajaran Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian serta Seni Perusahaan dijalankan walaupun dalam keadaan kemudahan fizikal yang kurang. Pada tahun 1968, sekolah ini memperolehi bangunan Maktab Latihan Harian yang terdiri daripada 3 bilik darjah, sebuah dewan, sebuah bilik lukisan dan bilik-bilik untuk guru.

Pada tarikh 2 April 1976, bangunan baru berharga $239,000 siap dibina. Ia dirasmikan oleh Encik Abdul Raahman b Hj. Arshad, DKSJ, JSM, BSK, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tarikh 16 Julai, 1977. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah Makmal Sains, 2 bilik Sains Rumahtangga. Pada bulan November 1978, pentadbiran Asrama Putera di Jalan Maharaja Lela telah diambil alih daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak oleh sekolah. Asrama yang sepatutnya menanmpung 60 orang pelajar telah diisi dengan 110 orang pelajar. Penghuninya bukan pelajar sekolah ini sahaja tetapi juga dari sekolah-sekolah lain. Pada tahun 1979, bangunan Lower Secondary School, Teluk Intan telah diserahkan kepada sekolah ini.Pendawaian eletrik yang memerlukan belanja sebanyak $45,000 masih belum dibuat. Pendawaian eletrik di blok B dibuat pada tahun 1985.

Bangunan Asrama Puteri (bersebelahan bangunan sekolah) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1988. Asrama ini dijadikan Asrama Puteri Pusat dan pentadbirannya diambil alih oleh SM Convent, Teluk Intan. Asrama ini boleh menampung 200 penghuni. Pagar di sekeliling kawasan sekolah telah diganti dengan pagar baru dan siap dibina pada bulan Januari 1988. Pada tahun 1988, sebuah koridor yang menghubungkan Blok F dengan blok A telah dibina. Pada tahun 1988, Asrama Puteri di Jalan Sultan Abdullah telah diambil alih pentadbirannya oleh Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada tahun Januari 1989, asrama ini dijadikan Asrama Putera Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada bulan Mac 1990, bangunan baru (Blok N ) mengandungi 4 bilik darjah telah siap dibina. Pada 9 April 1990, jam 11.20 malam, bangunan Blok D terbakar. Pada bulan Ogos 1990, Bilik Sumber dan Bilik Pandang Dengar dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai perabot dan peralatan mengajar. Di sekolah ini terdapat bilik-bilik khas seperti Bilik Pandang Dengar (APD), Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik Matematik, Bilik Sejarah dan Geografi , dan Bilik ERT.

Pada tahun 2002, sebuah bangunan dengan kelengkapan dua buah makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2003, Bilik Pemprosesan Makanan serta Bengkel Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi siap dibina. Pada tahun 2005, kelas aliran sains dan aliran sastera tingkatan enam rendah telah diadakan di sekolah ini.

 

RENTETAN SEJARAH SEKOLAH

1959 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah bermula dengan penubuhan Darjah Melayu. Sekolah hanya mempunyai sebuah kelas, 40 orang murid dan 2 guru.

1963 - Kelas bertambah menjadi 4 buah.

1964 - Sekolah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang. Sekolah mempunyai 5 buah kelas, 326 orang murid dan 8 orang Guru.

1966 - Mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1.

1967 - DYMM Sultan Salahudin Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah merasmikan sekolah ini. Sekolah diberi nama Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah sempena nama baginda.

1970 - Aliran Sains dibuka untuk murid Tingkatan 4

1971 - Asrama yang menampung 200 orang murid dibuka.

1972 - Asrama dirasmikan oleh DYMM Tengku Idris Ibni 24 Jun) Almarhum Sultan Abdul Aziz, iaitu pemangku Sultan Selangor.

1972 - kelas peralihan dibuka.

1976 - Kelas Pendidikan Khas untuk pelajar pekak dan bisu dibuka.

1979 - Kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera dibuka.

1980 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah dikategorikan ke dalam Kumpulan Gred A.

1989 - Kelas Peralihan dipindahkan ke Sekolah Menengah Perimbun, Kajang.

1992 - Kelas Aliran Agama diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1.

1993 - Program Bakat dibawah Majlis Sukan Negara dimulakan.

1995 - Bangunan Blok Temenggong didirikan untuk menampung pertambahan murid.

1997 - Bangunan jimnasium dibina. Bangunan ’gym’ dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin, Menteri Belia Dan Sukan.

1999 - Mata pelajaran tasawur mula diperkenalkan kepada murid Tingkatan 4 aliran Sastera.

2003 - Sebuah bangunan surau di luar bangunan dibina atas tajaan PIBG. Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi murid Tingkatan 1.

2004 - Bangunan kayu yang menempatkan bilik darjah dan kelas pendidikan khas dirobohkan dan digantikan dengan bangunan konkrit oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2004 - Matapelajaran Sains Sukan diperkenalkan kepada murid Tingkatan 4. Dataran Bestari siap dibina menggantikan Tugu Bestari. Perhimpunan sesi pagi mula diadakan di Dataran Bestari (di luar dewan).

2004 - Matapelajaran EST mula diajar bagi murid Tingkatan 4 aliran Sains.

2005 - Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Selangor.

2005 - Bangunan Makmal Komputer siap dibina. Peruntukan kewangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

2006 - Kelas Aliran Agama dibuka untuk pelajar Tingkatan 4. Makmal Matematik dibuka di Blok Temenggong.

2006 - Mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan Anugerah Sekolah Harapan Negara (No. 4).

2006 - Johan Pusat Sumber Cemerlang kategori daerah.

2006 - Makmal Komputer Cemerlang Daerah.

2007 - Kelas Rancangan Khas (KRK) diperkenalkan untuk murid-murid Tingkatan 1.

2007 - Matapelajaran ICT diperkenalkan untuk murid-murid Tingkatan 4.

2007 - Galeri Warisan ditubuhkan.

2007 - SMK Sultan Abdul Aziz Shah dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Kluster mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.

2008 - Dicalonkan ke Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Sekolah peringkat daerah.

 

Senarai Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integ), Kajang